Padah meminta habuan seks terhadap seorang wanita sebagai balasan untuk tidak dikenakan tindakan, seorang penguat kuasa sebuah agensi di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber berkata, suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai ditahan ketika bersama wanita berusia lingkungan 20-an dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Johor Bahru kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Katanya, wanita tersebut dipercayai gagal melaporkan diri secara bulanan kepada agensi penguat kuasa berkenaan dan bagi mengelakkan daripada diambil tindakan, suspek telah meminta habuan seks.