Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang didakwa dicabul jurulatih taekwondo berusia 20 tahun, tampil membuat laporan polis di Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 11 tahun itu kira-kira pukul 7.20 petang.
Jelas beliau, suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Lembah Klang kini disambung reman sehingga esok bagi membantu siasatan kes tersebut.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri taekwondo yang dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 9 tahun ditangkap, baru-baru ini.