Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., yang didakwa menghina rakyat negara ini, khususnya kaum Melayu hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Mariyah Yaakob, 49 tahun, mendakwa video yang tular itu dibuat bertujuan untuk meningkatkan motivasi kepada masyarakat.
Dia yang merupakan Pengarah Syarikat Mariyah Holding mengakui video yang dibuatnya adalah ditujukan kepada bekas pekerja syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, anaknya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22 tahun, turut mengakui kekhilafan berhubung isu yang sedang melanda dan turut berjanji akan bertindak lebih matang pada masa akan datang dan berharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi.