Seorang pekerja penyelenggara elektrik di sebuah pusat jagaan kanak-kanak didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah pusat jagaan itu bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang juga warga Indonesia, Zainal Abidin, 27 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Sementara itu, di mahkamah majistret berasingan, Zainal turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah selama lebih lima bulan.
Kedua-dua mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Januari 2024 bagi sebutan semula kedua-dua kes.