Video seorang murid dipukul berkali-kali dengan sebatang kayu menerima kecaman ramai setelah ia tular di aplikasi X, hari ini.
Dalam video yang berdurasi 50 saat itu, murid tersebut telah dipukul dengan kayu, dipijak dan ditendang tanpa belas kasihan oleh pembuli di hadapan rakan-rakannya yang lain.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
Meninjau ke ruangan komen, pengguna yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu bapa mengecam tindakan tersebut selain bertindak meletakkan ‘tag’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam ruangan komen.