Guru madrasah mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan pelajar - Utusan Malaysia

Guru madrasah mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang guru lelaki dari sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas pelajarnya berusia lapan tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Amirul Hakim Johari, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang dipertanggungjawabkan menjaga mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu telah mengabaikan iaitu menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan agar semua syarat tambahan dipatuhi. Kes akan disebut semula pada 21 Januari tahun hadapan.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya