Kes saman fitnah antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Sesyen Sivil hari ini.
Dalam prosiding hari ini, Zuraida, 65 tahun, membacakan pernyataan maaf itu di hadapan Hakim Norakhmar Mohd. Sani.
Saman fitnah itu berhubung suatu ucapan pada sebuah majlis makan malam di sebuah hotel pada 8 Disember 2019.