Bekas pengarah syarikat tidak mengaku 11 pertuduhan pecah amanah - Utusan Malaysia

Bekas pengarah syarikat tidak mengaku 11 pertuduhan pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang bekas pengarah syarikat menjual barangan elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas 11 tuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM46,000.

Tertuduh, Wong Yie Hang, 28 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus 11 pertuduhan terhadapnya dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid dan Mohammad Khalid Abdul Karim.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara tahun November 2019 hingga September 2021 di sebuah pejabat di Wisma Seri Perak, Jalan Perak, antara pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Yie Hang yang kini bekerja sebagai juruteknik dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat serta boleh dikenakan denda.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya