Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan rentung selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya terbakar dan terbabas sebelum merempuh tiang lampu di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd. Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.04 pagi tadi sebelum 16 orang pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, sebuah kereta jenis Honda Jazz dipercayai terbakar akibat terbabas.
Mangsa lelaki itu melecur di seluruh badan manakala mangsa wanita hanya cedera ringan.