Seramai 603 mangsa terdiri daripada 162 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda di Selangor.
Daerah yang menjadi PPS di Selangor adalah Sepang seramai 15 mangsa, Hulu Selangor (477 mangsa) dan Hulu Langat (96 mangsa).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini melaporkan ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di beberapa buah negeri di pantai timur, utara semenanjung, melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di Pedalaman dan Pantai Barat manakala hujan lebat turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.