Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Terengganu terus meningkat secara mendadak kepada 4,718 orang daripada 1,264 keluarga setakat pukul 11 pagi ini.
Ia peningkatan ketara berbanding 2,751 orang daripada 735 keluarga pada pukul 4 petang semalam berikutan pembukaan 14 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terjejas berbanding hanya 18 PPS yang beroperasi petang semalam.
Berikutan itu, sebanyak 34 buah sekolah terpaksa ditutup sementara hari ini kerana dinaiki air dan sebahagiannya pula dijadikan sebagai PPS.
Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting, Kuala Nerus masih melepasi paras bahaya.
Selain itu, tiga sungai di tiga daerah iaitu Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus; Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman telah melepasi paras waspada