Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di Kelantan sehingga esok.
Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Pahang.
Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada pagi ini MetMalaysia meramalkan seluruh negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dilanda hujan dan ribut petir.
Katanya, hujan dan ribut petir di Semenanjung hanya melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor.