Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) Mohd. Azizi Abu Naim mengumuman sokongan terhadap Perdana Menteri malam tadi.
Sokongan terbuka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang tersebut menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman media sosial rasminya malam tadi.
Tambahnya lagi, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.