Penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah(IPD) Kajang hari ini.
Perkara itu disahkan peguamnya, Faizal Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, Abdul Wahab tampil memberi keterangan di Bukit Aman bagi mengesahkan identiti Mr H didakwa menjadi dalang penyebaran video perbualan lucah antaranya dan bekas Ketua Pengarah J-kom Datuk Muhammad Agus Yusoff.