Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memerintahkan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman membela diri terhadap tiga pertuduhan dadah.
Hakim, Faiz Dziyauddin ketika menyampaikan keputusan itu berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi ketiga-tiga pertuduhan terhadap Muhammad Yasin.
Ketika ditemui wakil media sebelum dibawa masuk oleh anggota polis ke bilik mahkamah, Muhammad Yasin mengucapkan terima kasih dan meminta semua pihak mendoakannya.