Tune Protect Malaysia (Tune Protect) menawarkan bayaran ikhsan sebanyak RM200 kepada penumpang MYAirline yang membeli Insurans Perjalanan Tune Protect.
Pembayaran itu bertujuan bagi membantu pelanggannya yang mempunyai penerbangan yang dibatalkan oleh MYAirline.
Tambah Tune Protect, pembayaran ihsan tersebut dikira berdasarkan 50 peratus daripada harga tiket penerbangan, tertakluk kepada maksimum RM200 bagi setiap penumpang.