Berita baik buat rakyat Malaysia, Thailand bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian terutamanya dalam menyediakan bekalan beras kepada Malaysia demi menjamin sekuriti makanan negara berada di tahap yang baik.
Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu dicapai semasa beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertanian dan Kerjasama Thailand, Chaiya Promma serta delegasi di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.