Polis menahan tiga individu termasuk seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk berusia 57 tahun.
Turut ditahan isteri dan anak lelakinya yang masing-masing berusia 55 dan 26 tahun di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor, semalam.
Ketika dihubungi hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Difahamkan, perintah reman terhadap kesemua suspek akan dilakukan hari ini.