Seorang remaja mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki dalam lif di sebuah pangsapuri di johor bharu.
Namun, penjenayah berusia 43 tahun yang memakai topi keledar itu berjaya dicekup di pangsapuri tersebut pukul 11 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek ditahan selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan tentang kejadian pada pukul 5.25 petang, Ahad lalu.
Tambahnya, ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis morfin dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.