Polis cari lelaki didakwa tampar bekas teman wanita - Utusan Malaysia

Polis cari lelaki didakwa tampar bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Polis mengesan seorang lelaki selepas dipercayai menampar seorang gadis di dalam sebuah kereta di Gombak, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang tular dalam media sosial.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu dan mangsa berusia 21 tahun mendakwa ditampar oleh bekas teman lelakinya yang berusia 22 tahun.

Ujarnya, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara mereka berdua dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya