Pengawal keselamatan tak mengaku bawa pisau ke dalam Stadium Perak - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan tak mengaku bawa pisau ke dalam Stadium Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Khamis lalu.

Tertuduh, Azrul Faiz Mohd. Rosli, 31, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Azrul Faiz diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan ditetapkan pada 5 Disember depan.