Perikatan Nasional (PN) mengakui peluang seimbang dengan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, namun beliau yakin untuk mendahului pencabar menerusi kempen pecutan akhir yang mampu memberi kelebihan kepada calon PN, Kasim Samat.
Selain itu katanya, PN yakin kemenangan kerana mempertaruh calon yang merupakan anak tempatan yang tinggal dalam kawasan.