Pekerja am direman tujuh hari, rogol anak kandung - Utusan Malaysia

Pekerja am direman tujuh hari, rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang pekerja am di Kemaman ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki merogol anak kandung perempuannya yang berusia 13 tahun kira-kira dua minggu lalu.

Perintah reman dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi memboleh pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, perbuatan terkutuk lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas anak sulung daripada dua beradik itu mengadu kepada jirannya, sebelum laporan polis dibuat.

Hanyan berkata, kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan berdasarkan laporan perubatan, terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya