Pemuda UMNO menyeru umat Islam untuk bersatu bagi menentang kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Ketua Pemudanya, Dr. Akmal Saleh berkata, ia bukan soal politik, tetapi agama.
Sementara itu antara yang hadir ke Perhimpunan Solidariti bersama Gaza di Masjid Negara sebentar tadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Terdahulu, ratusan peserta berhimpun di perkarangan Masjid Negara bagi mengecam kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Para peserta turut memakai lilitan kepala, mafla selain bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza dan melaungkan Israel cuak, Free Palestin serta takbir Allahuakbar.