Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim telah merasmikan karnival literasi kewangan terbesar Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang pada Ahad.
Agenda MSAM 2023 kali ini bukan sahaja meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi turut menerapkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Berlangsung selama 9 hari bermula dari 30 September hingga 8 Oktober, MSAM2023 yang bertemakan Bijak Melabur, Santai Berhibur, mencerminkan usaha berterusan PNB meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan literasi kewangan dengan pendekatan menarik dalam suasana santai.