Orang ramai di negara ini dinasihatkan agar tidak bimbang berlebihan terhadap risiko penyakit X.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tahap kebimbangan orang awam itu boleh dikurangkan dengan sentiasa mengikuti garis panduan kesihatan, amalan kesihatan baik dan sering mendapatkan maklumat terbaharu tentang perkembangan penyakit tersebut.
Penyakit X adalah nama yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk sejenis patogen yang tidak diketahui dengan potensi untuk menyebabkan wabak di seluruh dunia.