Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan letupan sendiri dan pistol tiruan, awal Oktober lalu.
Bonny Anak Tigong, 32 tahun, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah memiliki sejenis bahan letupan tanpa kebenaran yang sah manakala pertuduhan kedua, dia didakwa kerana mempunyai sepucuk pistol tiruan jenis kayu juga tanpa kebenaran yang sah.
Kes dijangka disebut semula pada 16 November depan sementara menunggu proses penyerahan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada mahkamah.