Kejadian ruang udara disinari warna hijau di sekitar Sungai Besar, semalam, berpunca daripada lampu bot pukat cerut yang digunakan bagi menangkap ikan dan sotong.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor, Omar Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengesahkan perkara itu dengan Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar.
Tambah Omar, perkara itu bukannya fenonema luar jangka dan berharap orang ramai supaya tidak bimbang kerana ia tidak membahayakan manusia.
Semetara itu, gambar sebahagian ruang udara disinari warna hijau itu tular sejak semalam dipercayai dirakam seorang individu di sebuah taman perumahan dan kemudian memuat naiknya di media sosial.