Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau tidak sesekali mencampuri urusan badan kehakiman.
Sebaliknya memberi jaminan akan mempertahankan kebebasannya dengan apa cara sekali pun.
Pada masa sama, beliau menekankan kepentingan badan kehakiman untuk bebas, tidak berat sebelah dan berwibawa pada setiap masa.
Katanya, badan kehakiman adalah benteng keadilan untuk memastikan kedaulatan undang-undang negara dipatuhi dan dilindungi pada setiap masa.