Insiden Tembakan Siam Paragon: TMJ kongsi detik cemas - Utusan Malaysia

Insiden Tembakan Siam Paragon: TMJ kongsi detik cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsi detik cemas susulan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, Thailand, semalam.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi TMJ, Tunku Ismail bersama pasukan keselamatannya terpaksa membuat perisai manusia bagi memastikan keselamatan keluarga serta pegawai beliau.

Tunku Ismail turut menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk memaklumkan apa yang berlaku selepas selamat berada di kedutaan Singapura.

Terdahulu, seorang remaja berusia 14 tahun ditahan untuk membantu siasatan motif kejadian di pusat beli-belah di Siam Paragon, Bangkok, difahamkan remaja itu disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya