Seorang remaja lelaki ditemui lemas hari ini selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Inobong, Penampang, Sabah semalam.
Pasukan bomba menemui mayat Ashley Preston Hartley, 13, kira-kira 1.3 kilometer dari jarak mangsa dilaporkan hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki hari kedua dan disambung kira-kira pukul 6 pagi tadi.
Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di tepi sungai bersama empat rakannya petang semalam.