Dr. Zulkifli buka bidaan jam Rolex Raja Arab Saudi RM40,000 - Utusan Malaysia

Dr. Zulkifli buka bidaan jam Rolex Raja Arab Saudi RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membida jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebanyak RM40,000, hari ini.

Hasil bidaan itu katanya, akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.

Menariknya, menerusi kemas kini beliau di ruangan komen, bidaan berkenaan telah mencecah sebanyak RM95,000 setakat tengah hari ini.

Terdahulu beliau berkata, awalnya beliau tidak mengetahui isi hadiah pemberian Raja Salman pada Februari 2017 itu, sehinggalah ia dibuka pada tahun 2021.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya