Dakwaan rasuah: SPRM belum panggil Radzi Jidin - Utusan Malaysia

Dakwaan rasuah: SPRM belum panggil Radzi Jidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berhubung projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih dijalankan oleh pegawai penyiasat.

Pada 30 September lalu, Azam berkata, pihaknya menemui bukti baharu berkaitan siasatan projek berkenaan.

Ini susulan penahanan dua individu termasuk bekas setiausaha politik bekas menteri itu bagi membantu siasatan berhubung projek tersebut.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya