Penting diri sendiri dan tidak berintegriti dipercayai menjadi motif kepada lima anggota polis yang didakwa melarikan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai di Desa Petaling, Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan berkaitan kes itu.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Victoria Institution, hari ini.
Jumaat lalu, media melaporkan enam lelaki termasuk lima anggota polis ditahan berhubung dakwaan melarikan seorang penganggur dari kedai makan di Desa Petaling.