Seorang lelaki yang memukul penghantar makanan baru-baru ini telah diberkas bersama dua lagi rakannya hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, tiga lelaki tersebut yang berusia 28 hingga 39 tahun, ditahan sekitar daerah tersebut.
Ahad lalu, tular sebuah video menyaksikan seorang penghantar makanan dibelasah selepas didakwa membunyikan hon terhadap sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, menghala ke Klang.