Seorang bayi dipercayai anak kepada seorang doktor meninggal dunia selepas mangsa tertinggal di dalam kereta selama 10 jam di parkir Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras semalam.
Perkara itu didedahkan seorang jururawat di Twitter yang menceritakan, bayi perempuan berusia lapan bulan tersebut berada dalam kereta seorang diri dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 4 petang.
Difahamkan, sebelum kejadian, ibu mangsa tiba di hospital itu untuk bekerja dan tidak menyedari dia meninggalkan anaknya didalam kereta.
Doktor berkenaan dikatakan hanya mencari anaknya selepas menerima panggil telefon daripada suaminya pukul 5.30 petang menyatakan anak mereka tiada di taska.