Amang, komunikasi seksual: PU Azman dibicara Mei 2024 - Utusan Malaysia

Amang, komunikasi seksual: PU Azman dibicara Mei 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, dibicarakan pada Mei tahun depan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Hakim Norhazani Hamzah menetapkan kedua-dua pertuduhan terhadap PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dibicarakan selama enam hari pada 8, 9, 23, 29, 30 Mei dan 4 Jun 2024.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 November depan bagi sebutan kes bagi mengesahkan sama ada semua dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Sementara itu, PU Azman ketika ditanya wakil media berhubung perkembangan terkininya memberitahu, dia masih aktif menyampai ceramah atas jemputan pelbagai pihak di negeri lain termasuk Perak dan Selangor.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya