Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel atau Akaun III KWSP yang boleh diakses oleh semua ahli pada bila bila masa sahaja.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Akaun III yang akan dibuka mulai tahun depan boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa khususnya ketika kecemasan.
Tambahnya lagi, mengenai akaun ketiga tersebut, kerajaan bakal mengumumkan dan menjelaskan mengenai Akaun Fleksibel itu dalam masa terdekat.