150 orang berhimpun di kedutaan Amerika, kutuk serangan Israel - Utusan Malaysia

150 orang berhimpun di kedutaan Amerika, kutuk serangan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih 150 orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur semalam bagi membantah sokongan terbuka kuasa besar dunia itu kepada Israel dalam konflik berterusan dengan Palestin.

Pemimpin politik, aktivis dan ahli NGO pro-Palestin menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin yang diserang oleh rejim Zionis berkumpul lebih 200 meter dari kedutaan AS.

Mereka menyuarakan kecaman terhadap kejadian terbaru, khususnya letupan di sebuah hospital di Semenanjung Gaza.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam berkata himpunan ini diadakan sebagai tindak balas terhadap Washington yang memberikan kebenaran kepada Israel untuk “memusnahkan” tanah air dan rakyat Palestin.

Turut hadir, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Baharin.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya