Tiga lelaki termasuk seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh, Pahang menghala ke Kuala Lumpur.
Mangsa yang maut, pemandu bas, Ab. Aziz Daud, 56 tahun dan dua penumpang, seorang anggota bomba, Mohd. Syukri Mat Noor, 55 tahun dan seorang warganegara Bangladesh, Hossain Kamal, 41 tahun.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan.
Ujarnya, Mangsa yang meninggal dunia di hantar ke Hospital Lipis manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang dan Lipis