Tiga beranak ditemukan mati dipercayai bunuh diri dalam bilik - Utusan Malaysia

Tiga beranak ditemukan mati dipercayai bunuh diri dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang wanita dan dua anaknya ditemukan mati di dalam bilik rumah mereka di Kampung Baru Ampang, Ampang semalam.

Mayat tiga beranak itu ditemukan di dalam bilik tidur pertama dengan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat menggunakan pita pelekat.

Kejadian itu hanya disedari bekas teman lelaki mangsa yang menyewa bilik di kediaman itu sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, turut ditemukan arang bersama penyala api diletakkan di bawah sofa bilik itu serta surat wasiat dan wang bercampur.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya