Tiada pemimpin yang dipecat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi.
Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tambahnya lagi, isu-isu lain yang turut dibangkitkan oleh ahli MKT UMNO, Isham Jalil juga tidak disentuh dalam mesyuarat tersebut.