Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai hero rakyat Malaysia.
Ia berikutan langkah Ahli Parlimen Muar itu membawa partinya keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) kerana membantah pengguguran kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kelmarin, Syed Saddiq mengumumkan Muda keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.