Suspek rempuh anggota JPJ direman empat hari - Utusan Malaysia

Suspek rempuh anggota JPJ direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penunggang motosikal yang dipercayai merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, perintah reman susulan kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson itu adalah sehingga 21 September ini.

Dalam kejadian berkenaan, suspek yang menunggang sebuah motosikal dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya sebelum merempuh anggota JPJ, Muhammad Nur Hakim Mohd Razip hingga menyebabkannya cedera.

Anggota berkenaan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya