Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pernah melakukan perubahan dalam pemberian pengampunan terhadap pesalah kes bunuh, kata presiden PAS.
Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata dia mengemukakan kaedah hukum syarak itu kepada baginda semasa pemerintahan PAS di Terengganu pada 1999 hingga 2004.
Hadi berkata pengampunan kepada pesalah yang diamalkan di negara ini tidak sesuai dengan ajaran Islam dan sepatutnya, hanya anggota keluarga mangsa jenayah yang berhak memberikan pengampunan, bukan lembaga pengampunan.