Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, mencadangkan sistem pilihan raya di Malaysia dipinda dengan mencontohi sistem pilihan raya di Singapura.
Beliau, berkata sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) itu boleh mempertingkatkan lagi perwakilan golongan minoriti dalam Dewan Rakyat.
Berdasarkan sistem di Singapura, sekumpulan calon akan bersama-sama bertanding sebagai satu pasukan merangkumi pelbagai kaum untuk bertanding dalam pilihan raya.