Peratusan keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai mencatatkan 65 peratus, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi dan dijangka melibatkan 927 anggota dan pegawai polis.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, beliau menyasarkan 99 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pukul 5.00 petang nanti.
Sebanyak dua pusat mengundi awal iaitu Balai Polis Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi, yang mempunyai tiga saluran telah dibuka serentak bermula 8 pagi tadi.
Bagaimanapun pusat pengundian awal di Balai Polis Kempas yang hanya mempunyai seramai 46 pengundi telah ditutup pada 12 tengah hari tadi, manakala Markas PPM Wilayah Dua yang dijadikan pusat pengundian awal bagi 881 orang, dijadual akan ditutup pukul 5 petang ini.