Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sumber e-mel yang mendakwa terdapat ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan bagi mengesan sumber e-mel tersebut.
Semalam, Alludeen mengesahkan tiada sebarang ancaman bom ditemukan di BNM seperti didakwa dalam mesej tular.