Polis sekali lagi akan mengambil kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini berkaitan dakwaan kenyataan orang Melayu akan hilang kuasa ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia difahamkan, keterangan bekas Perdana Menteri akan diambil di pejabat beliau di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) .di Jalan Sentral.
Pada 3 September lalu, bekas Perdana Menteri itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen DUN Simpang Jeram, Johor.