Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan undang-undang.
Ia selepas Mahkamah Rayuan pagi ini membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas gagal memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada 3 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.